Saturday, June 14, 2014

Hari terakhir cuti sekolah

Besok adalah hari pertama persekolahan setelah lebih 2 minggu cuti. Kasihan anak-anak, mereka terperap dirumah saja menghabiskan percutian. Mula-mula kami berhajat untuk balik kampung. Tapi apakan daya, kereta besar kami, Renault, mengalami kerusakan yang teruk. Sudah hampir sebulan masuk bengkel, tapi sampai sekarang tak baik-baik juga. Radiator rusak dan efek pada enjin.


Ummi, Abah, dan acik Amani mahu pergi umrah 26hb jun ini. Saya sebetulnya sangat ingin pulang kampung untuk berjumpa sebelum mereka berangkat. Lagipun cuti sekolah ini Kak Long pun balik juga. Aliff, anak kedua saya, pun tak henti-henti bertanya bila nak balik kampung. Sementera tiket kereta api dan bas pun sudah habis terjual. Baru ada setelah 17hb. Hmmm...

Jadilah Najwa dan Aliff menghabiskan cutinya dirumah. Kadang pergi ke Shopping Mall yang tak berapa jauh dari rumah. Sekedar makan dan main game kesukaan mereka. Mall yang terdekat ialah IOI Mall dan yang jauh sedikit ialah AEON Kulai yang baru dibuka bulan November lepas. Kebanyakan masa mereka habiskan ialah dirumah. Riuh rendah bergaduh, bergurau sampai sepak-sepak, tindih-tindih pun ada. Saya biarkan saja, sebab masa cuti sekolah ni lah mereka ada masa untuk lebih rapat sebagai adik beradik. Selagi gurauan mereka tak melampau, saya cuma pasang telinga dan perhati saja. Saya memang lebih suka mereka bermain, biar sampai bergaduh pun tak apa, daripada mereka habiskan masa main gajet atau tengok TV. Biar perhubungan mereka lebih rapat dan erat. 

Pun sama dengan si bungsu, Ihsan. Mereka bertiga gomol-gomol dalam bilik, biasanya Ihsan geng dengan kakak dia, Najwa. Jadilah Aliff sasaran gigitan sampai lebam lengan dia kena gigit, sebab Ihsan mahu membela kakaknya yang ditindih Aliff. Kelakar pun ada. Sampai salah seorang dari mereka menjerit menangis, barulah saya turun tangan. Bukan untuk marah, cuma sekedar meleraikan saja. Tapi kadang kalau mereka sudah melampau, naik tinggi juga suara saya.


Jadi, 14 Jun 2014 ini adalah hari terakhir mereka cuti. Mulanya saya berhajat mahu berniaga di hutan bandar. Tapi sebab kerja saya yang belum habis sampai 7.30, ditambah cuaca yang mendung, kami tukar rancangan. Suami saya kata baik kita habiskan satu hari ini dengan ajak mereka jalan-jalan. Oh, very good idea kan. Bagilah mereka sedikit kegembiraaan dihari terakhir cuti ini. Ok lah saya cakap, lagi pun kerja saya sudah siap. 

Kami mulakan dengan sarapan pagi di kedai. Najwa, Ihsan, Aliff seperti biasa memesan roti canai. Saya dan suami makan nasi lemak. Hujan turun teramat deras ketika kami makan. Setelah hujan sedikit reda, kami bergerak ke IOI Mall. Rancangan seterusnya ialah menonton wayang di pawagam. Tapi jam baru menunjukkan kurang dari 10 pagi. Jadi kami cuma tengok judul filem yang akan ditonton dan jadualnya. Ada filem yang menarik hati kami, iaitu How to train your dragon 2, diputar jam 1.45. Setelah booking ticket, kami pun bergerak pulang, menghantar Najwa tuisyen matematik genius mind di sekolah.

Jam 1.30 kami bergerak semula ke IOI setelah mengambil Najwa di sekolah. Ini adalah pengalaman pertama mereka menonton filem di pawagam. Saya pun sudah bertahun-tahun tak pernah pergi pawagam. Lagipun saya memang tak berapa suka menonton filem.Cerita ini tentang naga di Pulau Berk. Heronya adalah Hiccup dan Toothless sang naga. Mereka menemukan gua ais yang ternyata menjadi habitat dari ratusan naga dan berjumpa penunggang naga yang tak lain adalah ibu kepada Hiccup.



Cerita berakhir dalam jam 3.45. Aliff dah mula muncung, sebab keinginan dia untuk pergi ke AEON Mall untuk main game ditolak Ayahnya. Rancangan untuk berenang di Palm Villa pun terpaksa dibatalkan, sebab cuaca mendung dan hujan turun dari pagi lagi. Jadi selepas menonton filem, kami bergerak pulang. Sebelumnya singgah dulu di kedai gorengan, membeli bakwan yang tak berapa sedap. Menyesal pulak makan, sebab kubis terlalu banyak jadi bakwan tu macam bau dan tersangkut kat tekak. 

Beginilah gaya Aliff kalau tengah muncung :


Pada sebelah malam pulak kami makan nasi lemak Putra, dekat sahaja dari rumah. Saya rasa ini adalah nasi lemak paling sedap yang pernah saya makan. Di Kulai ini nasi lemak yang paling popular adalah nasi lemak Wak Kentut. Kedai dia senantiasa ramai. Saya baru makan 2-3 kali saja rasanya. Saya tak tahu dimana istimewanya nasi lemak ini. Apa-apapun selera orang berbeza. Saya lebih suka nasi lemak Putra. 

Jam 10 lebih mereka baru tidur. Jalan-jalan yang biasa saja namun mereka berpuas hati. Najwa cakap dia nak tengok cerita Suatu malam kubur berasap.. haiikkkss.. mana boleh, itu cerita orang dewasa..